LINCOLN UNIVERSITY - KARNIVAL KERJAYA 2022
KUALA SELANGOR - Empat agenda utama menjadi tumpuan pembentangan Bajet 2023 dijadualkan pada 7 Oktober depan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, empat tumpuan itu ialah kepada rakyat, perniagaan, ekonomi dan institusi kerajaan.
Menurut Tengku Zafrul, kerajaan pada dasarnya memberi tumpuan untuk membentangkan belanjawan pemulihan bagi menyokong usaha pembaharuan ekonomi lebih meluas dan berjangka panjang.
"Harap dengan cabaran ekonomi global pada 2023, negara bersedia bangkit untuk pemulihan ekonomi, industri, kehidupan dan pekerjaan terutama kepada mereka yang terjejas teruk kerana pandemik (Covid-19)," katanya dalam sidang akhbar selepas Karnival Gegar Kerjaya di Stadium Tertutup Kuala Selangor, pada Sabtu.
Sumber: https://sumberkini.my/yakin-capai-pertumbuhan-kukuh-suku-ketiga-tahun-ini-tengku-zafrul/