Jumlah Paparan Halaman

MAKLUMAT PENTING

Tawaran BIASISWA PENUH Program ASASI, DIPLOMA & IJAZAH

Tawaran BIASISWA PENUH Program ASASI, DIPLOMA & IJAZAH anjuran Kolej Universiti Lincoln Medical – % Mara Dentistry –   % Mara Pharm...

INFO TERKINI

Jumaat, 19 Ogos 2022

Majlis penyampaian sumbangan pelajar-pelajar cemerlang anjuran Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu (YPMKP)

Majlis penyampaian sumbangan pelajar-pelajar cemerlang anjuran Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu (YPMKP)








Jurnal Jitra

12 Ogos 2022
Petang tadi saya telah hadir ke majlis penyampaian sumbangan pelajar-pelajar cemerlang anjuran Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu (YPMKP). Seramai 77 orang pelajar di dalam daerah Kubang Pasu telah berjaya mendapat semua A di dalam peperiksaan SPM 2021. Selain itu, Lincoln University & College juga telah mengadakan taklimat peluang melanjutkan pelajaran kepada para pelajar dan waris yang hadir. Turut bersama saya ialah YB Tok Met, Ahli Parlimen Kubang Pasu.
Saya juga sempat singgah ke tapak pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas. Projek oleh JKR ini diluluskan semasa saya menjadi Menteri Besar lalu. Walaupun terdapat sedikit masalah di peringkat awalnya, namun kerja-kerja pembinaannya kini sedang rancak berjalan. Saya amat yakin apabila siap nanti, ianya bakal memberikan kemudahan kesihatan yang terbaik kepada para penduduk di Jitra.
Terima kasih orang Jitra.
Terima kasih orang Kubang Pasu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan